Friday, 4 November 2016

RESEPI: TOMYAM CAMPUR MyFavorite!!



                                      TOMYAM CAMPUR                                           

Salam Jumaah...

Sebelum tu, Nur nak sharing tazkirah sikit..
Jangan lupa 'recite Al-khaf'.. tak dapat nak baca, disebabkan kekangan masapun tidak mengapa..
sekurang-kurangnya mendengar bacaannya.. Ialah sekarangkan boleh guna Aplikasi, download sahaja di tablet kesayangan anda.

Ok.. entry kalini Nur terasa nak sharing resepi & cara Nur masak "TOMYAM CAMPUR"..yang Nur masak pada Menu untuk Suami tercinta hari ini..siap En.Shuben bawa bekal tapaw ke kerja sekali, En.Shuben memang suka bawa bekal dari rumah. Hasil masakan air tangan isteri katakan..hehe
Disini, mungkin lain orang lain caranya kan..hehe Sebabnya, cara Nur masak Tomyam ni pasti sedap!! & tak menghampakan siapa yang dah ngap dimulut.. Tak pernah tak sedaplah citanya.. En.Shuben & family pun tak pernah komen serta reject! haha (ceh..ayat aku poyos weyh..) 
Bukan apa, lagipun masakan Tomyam ni adalah makanan FAVORITE Nur sendiri.. lagilah suka nak masak.
Ok moh! kita intai resepinya.

Bismillahirahmanirrahim..

Hidangan: (2-4 org mkn)

BAHAN-BAHAN:

Bahan Utama:
Ayam + Udang + Sotong

Bahan A:

Paste Tomyam (1paket)
Kiub Tomyam (2kiub)
Cili Akar (12biji)-ikut tahap kepedasan
Serai (3batang)
Daun limau purut
Lengkuas (1/2 inci)
Bawang putih (3ulas)
Bawang Holland (1biji belah 4)-guna bwg bsr boleh
Limau nipis (1biji)
Air (2 1/2 mug)

Bahan B: (rencah)

Carrot (hirisan panjang)
Kobis bunga
Cendawan 
Tomato (belah 4)

CARA PENYEDIAAN:

1. Hentak @ Ketuk bahan seperti: Serai, Cili Akar, Bwg Putih & Lengkuas.

2. Tumiskan bahan2 diatas dengan sedikit sahaja minyak. (sekejap je tau)

3. Masukkan Ayam yang telah dipotong kecil beserta Paste & Kiub Tomyam, dikacau rata & dimasukkan air.

4. Rebus sedikit empuk:
Masukkan.. Kobis bunga dahulu biarkan seketika, kemudian masukkan Bwg Holland &
Carrot beserta perahan Limau Nipis.

5. Agak2 bahan2 diatas sedikit empuk masukkan Cendawan beserta Udang.

6. Diakhiri Tomato & Sotong.

7. Tambahkan sedikit garam halus & gula sesedap rasa beserta Selawat jangan lupa! :)

Siap untuk dihidang! dan sedap dimakan bersama Nasi putih , Mee Hoon & Kueh teaw.

BAHAN UTAMA
Ayam, Udang & Sotong

BAHAN A & BAHAN B

TOMYAM CAMPUR (CikPuanNur..)

PASTE & KIUB TOMYAM
yg Nur gunakan

                         


SELAMAT MENCUBA!!  - cuba jgn tak cuba - :)



Sharing is Loving..
Resepi...
CikPuan Nur..

No comments:

Post a Comment