Friday, 4 November 2016

Persiapan Kahwin ^_^ Done!!

Assalamualaikum wbt..

Salam sejahtera .. Semoga kita semua akan sentiasa memperolehi kesihatan yang baik, amal ibadah yang sempurna dan jangan lupa untuk bersyukur disetiap hidup kita... Alhamdulillah..
Ok..seperti yang dijanjikan Nur nak sharing dengan uoll part persiapan kahwin Nur yang telah pun selesai dengan jayanya!! wah..hehe Syukur.. Alhamdulillah..
(barulah ada masa & idea)

Seperti entry yang lepas nak review balik di--> Persiapan Kahwin Part1 Nur cuma sharing basic persiapan sahaja. Entry kalini Nur akan sharing dengan uoll.. seperti ilmu boleh dijadikan rujukan dan Nur nak sharing pengalaman yang telah dirasai oleh Nur.

Oh yee entry yang lepas Nur tak sharing lagi dengan uoll tema warna yang Nur pilih.
Ofcoz tema warna favourite Nur lah.. "Purple" dan tema warna kedua "biru"  orang panggil biru kain sekolah.  Menarikkan ? warna combine ni..

Kita bermula dengan.....

(KAD UNDANGAN)

kad undangan pihak perempuan
Ok..nilah kad undangan Nur.
Persis Tema Wedding Nur.. Pilihan hati daripada Nur sendiri.

Harga : boleh review di http://www.srcreative.biz
Jenis : Kad poskad
Sampul : Free!! dari srcreative





Nur tak ingat pula berapa harga sekeping. Tapi memang memuaskan hati. Lagipun pihak srcreative akan bagi extra kad. So, tak kesah if undangan uoll tak mencukupi. Sampaikan Nur sendiri masih ada lagi simpan kad yang berlebih tu. (terasa membazir pula..hmm)

Nur pun ada order 'Tq Taq' , 'Banner' & 'Bunting'.

kad undangan pihak lelaki

Ni kad undangan pihak Encik Suami pula.
Nur tak tempah satukan sekali kad disebabkan nak mengikut tema.

Tema belah Encik Suami, "Pink" & "Grey"
Jenis: kad poskad.

Haha family kata, Aik!? belah lelaki pula pinky.
Actually, "pink belacan" sebab baju kami tema warna tu.






(SENARAI BILANGAN TETAMU)

Disini kita dapat agak, kerana sebelum kita beli barang2. Nak tempah katering untuk berapa orang tetamu seperti katering akan mengikut sekepala.

Tetapkan dulu bilangan tetamu, bila dah ada anggaran bolehlah kita buat kira2 dengan kad undangan, doorgift & lain2.

Jadi senaraikan @ anggarkan bilangan tetamu yang kita nak jemput.


(DOORGIFT @ SOUVENIR)

Untuk doorgift pula seeloknya bagi Nur, pemberian yang manfaat dekat para tetamu.
Ialah, tetamu yang datang pun hargai pemberian kita, pemberiannya juga haruslah ikhlas kerana pemberian doorgift ni sebagai tanda penghargaan kita kepada tetamu yang hadir yang mendoakan kita.Pemberian juga ikutlah budget kita dulu ye tak?

Doorgift untuk tetamu Nur:

1.Tetamu VIP (belah pihak lelaki)
  • Menggunakan paper bag.
  • Surah Yassin + Mug + Popcorn + Candy + Mini mineral water + bunga telur
2. Tetamu
  • Bag kain (purple&biru)
  • Surah Yassin + Popcorn + Mini mineral Water
3. Tetamu Non-Muslim
  • Bag
  • Mug + Popcorn + Mini mineral Water
4. Kanak2
  • Gula-gula dalam bungkusan 
Banyak jugaklah disponser oleh saudara mara seperti:
  • Bunga pahar / Bunga telur
  • Gula-gula
  • Mineral water
  • Mug+popcorn (mylovely mom)
Barang2 perkahwinan tersebut Nur survey jugak. Ada beli sampai ke Klang.
Walhal Nur menetap di Seremban.
Ok.. Nur beri cadangan kat tempat mana uoll boleh beli barang2 perkahwinan ni. Sebab banyak pilihan uoll boleh survey dan beli.
1. NILAI 3 
Ok, tempat famous ni.. siapa yang tak tahu kan tempat ni mmg terkenal dengan barangan kahwin & barangan  rumah.
2. GM KLANG
Banyak pilihan juga, tapi kena pandai survay tempat mana yang ok.
Untuk pengetauan bukan di bangunan GM yg banyak barangan kahwin, tetapi diarea situ2 je.
3. BANTING @ Bandar Sri Emas
Nur ada beli disini, barang2 disini pun ada yang harga berpatutan.

Nur bagi contoh doorgift untuk inspirasi uoll & bolehlah uoll Google2.

POPCORN


BALANG KACA

SEJADAH MINI
Doorgift ni, kena buat kira2 juga, seperti:
  • Berapa orang tetamu.
  • Budget berapa kita nak letak.
  • Sesuai atau tidak kepada tetamu.
  • Dan lain2..


(HANTARAN)

Sebagai rujukan, sebab mula2 tu Nur tak ada idea nak bagi hantaran apa dan barang apa yang harus diberi kepada pihak lelaki dan akan diterima pihak perempuan.

Selalunya pihak Perempuan akan bagi lebih kepada pihak Lelaki.
Tetapi tidak kesah pun berapa bilangan hantarannya, cuma adat yang tentukan.
Contoh berbalas hantaran:

1. Perempuan 11 , Lelaki 9.
2. Perempuan 9 , Lelaki 7.
3. Perempuan 7 , Lelaki 5.
4. Perempuan 5 , Lelaki 3.

Nur Google lah juga. Hantaran apa hendak diberi & pemberiannya simple & basic sahaja, tapi ada hantaran daripada inspirasi Nur sendiri. Hantaran juga daripada gubahan tangan Nur sendiri. Hantaran D.I.Y.. hihi barulah rasa keterujaannya berganda..kihkihkih 

Beri pada pihak Lelaki: Tema 'biru'

1. Al-qur'an + sejadah 
2. Kasut
3. Wallet + belt
4. Baju melayu
5. Barangan wangian
6. Buah + coklat
7. Kek
8. Sirih junjung
9. Canvas Ijab&Qabul (inspirasi Nur)
10. Jam + cincin silver
11. Kain pelekat + kopiah


Beri pada pihak Perempuan: Tema 'purple'

1. Al-qur'an + sejadah
2. Telekung
3. Handbag + Kasut
4. Baju kurung
5. Barangan kecantikan
6. Buah2an
7. Kek

Pihak Lelaki beri pihak Perempuan
(Pemberian Wajib)

  • Mas kahwin
Mas kahwin ini adalah pemberian wajib, dan akan dilafazkan ketika akad nikah.
Tetapi cara akad nikah & nilai pemberian Mas Kahwin tidak sama mengikut syarat Negeri masing2.
Nur dari 'Negeri Sembilan' & Mas Kahwinnya sebanyak RM200.00 tunai.

       
(Pemberian harus)

  • Duit hantaran + barangan kemas
  • Tapak sireh (adat org nogori)

(BUSANA, PELAMIN & JURU MAKEUP)

Seperti yang telah Nur Sharing pada entry yang lepas DISINI --> Persiapan Kahwin Part1

Pemilihan Busana & pelamin mengikut cita rasa masing2. Almaklumlah nak mengikut Tema.
Tetapi pada majlis Nur kesemuanya ditempah dari lain2 orang. Memang agak rumit & pening sebenarnya..sebab Umi Nur ada kenalan2 Mak2 Andam ni. Tapi Alhamdulillah.. last2 minit pun berjalan dengan lancar.. (Tlg jgn ikut cara Nur, Takbagus2).

Seeloknya pemilihan dari satu Butik Pengantin sahaja. Uoll boleh lah survey2, mana yang bagus, berpatutan dengan budget uoll & yang berkenan sangat tu. Tempah awal2..nanti yang berkenan dek hati tu, melepaslah pula. Lagi2 pada musim cuti sekolah, pasti ramai yang ingin mengadakan majlis.


(FHOTOGRAFER)

Juru gambar ni pula, memang Nur suka guna perkhidmatan En.Google..ialah nak survey2.

Tetapi juru gambar yang Nur gunakan dari cadangan Maksu Nur.. kawannya sendiri.
Nur ambil pakej2 yang disediakan buatlah pilihan ikut budget kita. Ok jugaklah harganya walaupun lari dari budget Nur sikit..hehe boleh lah review di FB: Wide Chucky's Photoworks.

Pakej yang Nur ambil, "NIKAH+SANDING".

Perkhidmatan yang Nur dapat daripada pihak beliau ok. Cuma........ dapat gambor lambat :'(
5 bulan jugaklah menunggu.. dah lah kita exited! nak tengok gambor2 memory kita. hiwhiw


(KOMPANG & AHLI DJ)

Ok mengenai ni, seeloknya kita serahkan bantuan kepada ahli keluarga. Mula2 Umi nak ambil Marhaban sahaja, tak perlu kompang, silat @ DJ bagai. Tapi hal ini Ayah yang arrange, ambil pemain Kompang dari wakil adik sepupu sendiri ada bermain kompang. Pihak DJ pun ambil, kerana jiran depan rumah Nur sahaja memang ada perkhidmatan DJ. So, senanglah kan..bab DJ ni Umi tak setuju sangat..sebab faham2 jelah lagu2 DJ selalu putarkan. Nasiblah jiran sendiri Umi banyak request Lagu Nasyid. Nur pulak sebagai Permaisuri sehari ada request lagu yang tengah HOT ketika tu dari "KRU-HINGGA KE JANNAH". Wahh..happynya bila lagu tu dimainkan..exited!! hihihi


Psstttt... Ini pun penting juga tau!!
Jangan lupa tempah 
(JURU NIKAH @ TOK KADI)

Almaklumlah..bukan kita je yang nak nikah..ramai lagi pasangan2 yang lain.
Buat2 bertindih pulak..haru dibuatnya.
Ialah juru nikah kan penting..buat tak ada juru nikah macam mana nak berjalan.

Juru Nikah Nur dari Imam Masjid/kariah tempat tinggal Nur.. Nur Nikah dirumah sahaja, Ayah yang nak buat dirumah.

.......................................................................................................


Ok..sekian, mungkin ni sahaja yang Nur dapat sharing bersama uoll..mengikut pengalaman Raja sehari ini sendiri..tidak sedikit sebanyak dapat dikongsikan bersama. Mungkin boleh dijadikan Checklist untuk bakal2 Raja sehari.. 

Terima kasih Reader.. Love oll!<3

Semoga segala urusan anda semua akan dipermudahkan.. jangan tertekan sangat pula.
Bila agak2 lega dengan persiapan uoll bolehlah pergi SPA untuk relakskan & manjakan badan tu..

Selamat Maju Jaya kepada Bakal-bakal Raja sehari!! & Tahniah diucapkan..
Perbanyakkan Berdoa...



Sharing is Loving..
CikPuanNur..

RESEPI: TOMYAM CAMPUR MyFavorite!!



                                      TOMYAM CAMPUR                                           

Salam Jumaah...

Sebelum tu, Nur nak sharing tazkirah sikit..
Jangan lupa 'recite Al-khaf'.. tak dapat nak baca, disebabkan kekangan masapun tidak mengapa..
sekurang-kurangnya mendengar bacaannya.. Ialah sekarangkan boleh guna Aplikasi, download sahaja di tablet kesayangan anda.

Ok.. entry kalini Nur terasa nak sharing resepi & cara Nur masak "TOMYAM CAMPUR"..yang Nur masak pada Menu untuk Suami tercinta hari ini..siap En.Shuben bawa bekal tapaw ke kerja sekali, En.Shuben memang suka bawa bekal dari rumah. Hasil masakan air tangan isteri katakan..hehe
Disini, mungkin lain orang lain caranya kan..hehe Sebabnya, cara Nur masak Tomyam ni pasti sedap!! & tak menghampakan siapa yang dah ngap dimulut.. Tak pernah tak sedaplah citanya.. En.Shuben & family pun tak pernah komen serta reject! haha (ceh..ayat aku poyos weyh..) 
Bukan apa, lagipun masakan Tomyam ni adalah makanan FAVORITE Nur sendiri.. lagilah suka nak masak.
Ok moh! kita intai resepinya.

Bismillahirahmanirrahim..

Hidangan: (2-4 org mkn)

BAHAN-BAHAN:

Bahan Utama:
Ayam + Udang + Sotong

Bahan A:

Paste Tomyam (1paket)
Kiub Tomyam (2kiub)
Cili Akar (12biji)-ikut tahap kepedasan
Serai (3batang)
Daun limau purut
Lengkuas (1/2 inci)
Bawang putih (3ulas)
Bawang Holland (1biji belah 4)-guna bwg bsr boleh
Limau nipis (1biji)
Air (2 1/2 mug)

Bahan B: (rencah)

Carrot (hirisan panjang)
Kobis bunga
Cendawan 
Tomato (belah 4)

CARA PENYEDIAAN:

1. Hentak @ Ketuk bahan seperti: Serai, Cili Akar, Bwg Putih & Lengkuas.

2. Tumiskan bahan2 diatas dengan sedikit sahaja minyak. (sekejap je tau)

3. Masukkan Ayam yang telah dipotong kecil beserta Paste & Kiub Tomyam, dikacau rata & dimasukkan air.

4. Rebus sedikit empuk:
Masukkan.. Kobis bunga dahulu biarkan seketika, kemudian masukkan Bwg Holland &
Carrot beserta perahan Limau Nipis.

5. Agak2 bahan2 diatas sedikit empuk masukkan Cendawan beserta Udang.

6. Diakhiri Tomato & Sotong.

7. Tambahkan sedikit garam halus & gula sesedap rasa beserta Selawat jangan lupa! :)

Siap untuk dihidang! dan sedap dimakan bersama Nasi putih , Mee Hoon & Kueh teaw.

BAHAN UTAMA
Ayam, Udang & Sotong

BAHAN A & BAHAN B

TOMYAM CAMPUR (CikPuanNur..)

PASTE & KIUB TOMYAM
yg Nur gunakan

                         


SELAMAT MENCUBA!!  - cuba jgn tak cuba - :)



Sharing is Loving..
Resepi...
CikPuan Nur..