Tuesday, 24 November 2015

TABAHKAN HATIMU..SAYANG~

La Tahzan Inallaha ma'ana

             Aku TAK KUAT YA ALLAH.... Aku tak kuat....... :'(
Sayang..bersabarlah... buka matamu, kentalkan dirimu.. TABAHKAN HATIMU..SAYANG~
Sesungguhnya.. Desetiap kejadian ada penyebab dan juga hikmahnya.. Berfikirlah baik kepada Allah.. Pencipta kita.. :')

Assalamualaikum..w.b.t..
Izinkan.. Nur nak sharing Tips ni Nur ambil penghasilan oleh:   .. 
Nur juga akan sentiasa menyelami ke arah Tabahkan hati yang telah lemah..mari kita sama-sama lakukannya.

1. Membaca Surah Yassin

Mungkin selama ini kita kurang membaca Al – Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita mudah untuk terganggu dan merasa tidak tenang. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini.

Memang surah ini mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. Setelah itu, boleh beransur menambah bacaan dengan membaca surah – surah yang lain. Sangat menenangkan hati yang sedang lemah.

Bagaimana jika sedang haid? Dengarlah bacaan surah ini melalui mp3 atau berzikirlah.

2. Solat Sunat Tahajjud

Bangunlah melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar.
” Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta’ala “
Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah Selepas itu surah Al-Kafirun & Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah, selepas itu surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua rakaat satu salam.
Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat.
Selepas itu berdoalah. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah. Mintalah ketenangan hati.

3. Banyakkan Istigfar Dan Berzikir

  • La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  • Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
 – Harus diingat, zikir bukan sahaja di mulut tetapi harus sampai masuk ke hati.

4. Elakkan Mendengar Lagu Bertema Kecewa – Kekecewaan




Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta / tunang, sila hindari dari suasana yang boleh membuatkan anda sebak. Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa.
KIta ingin menenangkan hati, bukan ingin menyesakkan hati kan? Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biarlah dahulu luka itu sembuh :)

5. Sentiasalah mengingati Allah

Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah maha mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.
Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. He loves you no matter what =)
“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )
Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” ( QS.At -Taubah : 40 )
In Sha Allah.. Semoga bermanfaat..

Sharing is Loving,
CikNur..


Monday, 23 November 2015

CINTA Is Number One For Me...



(Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih)

Assalamualaikum..w.b.t..

     Setiap yang bernyawa memerlukan pasangan hidup diatas muka bumi ini. tidak kiralah haiwan atau manusia.. Yaa.. Insan.. CINTANYA KEPADA SIAPAKAH ??...yang perlu dijawab.. "Cinta Is Number One For Me"..

"Setiap perhubungan pasti ada cabarannya..
bergaduh? pastilah ada ..
hubungan mana yang tiada wujud pergaduhan..
tak pefectlah namanya.."

"Setiap perhubungan jua, ada kenangan manisnya..
Oh.. Bahagianya.. Indahnya Cinta ini..
Syukur Ya Allah...(sempat lg didlm hati mngingatiMu).."

Aku pernah melalui situasi yang begitu Perit...
Aku jua pernah putus pehubungan..
Tapi, disaat itu aku tidak Kuat!
Walaupun aku cuba meredhaiNya..
Aku juga berlagak Tabahkan hati..
Kerana Aku tau.. Penciptaku ada..
(saat inilah insan seperti aku ini akan back to Pencipta..- Ya Allah.. Zalimnya hambaMu ini..

CINTA YANG DIANUGERAHKAN OLEH ILLAHI ..perlu pandai kita nilai dan membezakannya..
Aku sedar, Aku selalu Alpa dan begitu percaya Cinta Manusia yang teristimewa..
tetapi sesungguhnya CINTA YANG UTAMA DAN TERANGGUNG ADALAH UNTUK-NYA.. PENCIPTAKU..

Disebabkan itulah Allah mengujiku dengan mengambil orang yang Aku sayangi.
Aku pernah pasrah..dan letakkan Jodohku pada ketentuan Allah..
Aku tersentak..apa yang berlaku ini atas kehendakNya..dan ada hikmahnya.

'Aku menangis..merintih teresak-esak..mengadu dan melepaskan isi hati aku ini kepada MU Ya Allah....'


Aku Malu.....
Aku Malu.......                                        
Aku Malu padaMu Ya Allah....

Aku tidak mahu kasihku kepadaMu di Let It Go.. begitu sahaja,
Aku mahu sentiasa, disetiap nafasku mahukan Cintaku padaMu tetap utuh..
walaupun Aku telah menjadi Zaujah kepada hambaMu iaitu Zaujku.


Aku tidak boleh menerima perasaanku yang satu ini... "Aku tidak mendahului Cinta Penciptaku..CintaMu Ya Allah.. walhal.. CintaMu terhadap hambaMu ini tidak pernahpun terluak dan pudar .. CINTAMU BEGITU ABADI.. Tetapi mengapa aku tidak setia kepadaMU.."
Ampunilah Dosa-dosa masa laluku Ya Allah.. Aamiin ya RabbalAlamiin.. :'(

Alhamdulillah..sudahlah terjawab persoalan diatas..

Semoga Aku akan terus menjadi Pencinta yang Setia kepadaMu ya Allah..till Syurga.
Aamiin ..

Wallahu a'lam bish-shawabi..

Sharing is Loving,
CikNur..



Monday, 2 November 2015

PETUA: putihkan gigi hanya dirumah!!


PETUA PUTIHKAN GIGI....

Image result for gigi yang putih bersih
Gigi yang puti bersih pasti diidamkan




Salam 1 Dunia !.. :)

Harini Nur nak sharing dengan Uoll's tentang bagaimana nak putihkan gigi yang kuning hanya boleh dibuat dekat rumah sahaja! and tak perlu kita nak keluarkan kos yang bernilai untuk melakukannya..

Percaya atau tidak?? hanya menggunakan ....

1. LEMON/LIMAU
2. BAKING OF SODA (yg sllu dgunakn utk buat kek tu..)

Satukan bahan2 tersebut.. kemudian ambil berus gigi Uoll's..dan memberus secara bulatan. OK.

Haa.. itu sahajalah.. Mudahkan?...

In sha Allah.. Cubalah~

"KEEP IN SMILE :)"

Sharing is Loving,
Nur..

Sunday, 1 November 2015

RESEPI:Choc Cake Moist ^^,

Choc Cake Moist~~~^^,


Nyummy... Cantik Menarik Tertarik kau memang DaboOm.. hihihi


Nur suka sangat2!! buat "Choc Cake Moist" ni.. lg2 atas permintaan orang2 yang tersayang.. My famly & Abgg .. likely menggedik nak makan cake yang Nur bikin sendiri.. Alhamdulillah.. but a way memang depa suka sangat!! Try lah make it..pasti Hangpa tak rugi hasil penat terbalas.. ^^,

Meh Nur Sharing resepinya tersangatlah mudah dibuat & senang untuk mendapatkan bahan2nya.
Resepi adunan untuk mudahkan Nur hanya menggunakan "cawan".

*KUKUS selama 1JAM 30 MINIT

Bahan-bahan:

BAHAN A (diayak)
2    cwn tepung gandum
1    cwn serbuk koko
1    sudu (b) baking powder
1/2 sudu (b) soda bikarbonat

BAHAN B
1       cwn susu krimer pekat
1       cwn susu krimer cair
1       cwn mentega cair 
1/2    cwn air panas
1 1/2 cwn gula perang

BAHAN C (kacau tarta)
1 bj telur gred A     *if gne gred lain boleh tpi seeloknya 'doublekan'
1 sudu (b) esein vanilla

Cara-cara:

Masukkan (BAHAN A) yang telah diayak & (BAHAN C)
ke dalam bekas (BAHAN B), kemudian kacau Sebati.

Terakhir sekali masukkan kedalam loyang bersesuaian..
Tapi Nur lebih suka menggunakan bekas plastik & buka sedikit penutupnya..
supaya dalamnya mudah masak..

p/s: If nk lebihkn adunan juz doublekn bhn2.

Selamat Mencuba .. ^^,

Sharing is Loving,
CikNur..